Isu saham: Tubuh suruhanjaya khas, PDRM digesa siasat  - Utusan Malaysia

Isu saham: Tubuh suruhanjaya khas, PDRM digesa siasat 

HOWARD Lee Chuan How menggesa pihak polis menyiasat dakwaan melibatkan isu pemilikan saham KP SPRM di IPD Dang Wangi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan khas berhubung pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Suruhanjaya tersebut perlu melibatkan individu tidak berkepentingan mana-mana pihak menyiasat bagi menyiasat dakwaan-dakwaan itu.

Ketuanya, Howard Lee Chuan How berkata, ini kerana pengisytiharan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang berpuas hati dengan penjelasan Azam tanpa bukti kukuh dilihat menggugat integriti serta maruah negara.

Beliau yang juga Ketua Pemuda DAP (DAPSY) berkata, LPPR tidak mempunyai kuasa melibatkan siasatan bagi membuktikan sesuatu dakwaan berunsur jenayah atau tidak.

“Kuasa siasatan ada pada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mahkamah bagi isu yang terpalit dengan integriti ini.

“Jadi kita gesa satu suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan-dakwaan ini. Kita juga menggesa PDRM dengan kerjasama pihak SC untuk melakukan siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Terdahulu, Howard hadir bersama Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Razak Ridzuan; Setiausaha DAPSY, Eric Teh Hoong Keat dan Wakil DAPSY Kuala Lumpur, Iskandar Faris.

Mereka tiba di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 2.30 petang dan selesai membuat laporan satu jam kemudian.

Dalam pada itu, menurut Razak, pihaknya hari ini turut menyerahkan memorandum di Istana Negara bagi menggesa campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, isunya menimbulkan persoalan kerana penjelasan Azam hanya kepada LPPR bersandarkan penafian dan pembersihan diri.

“Isu ini perlu dipandang serius jadi Yang di-Pertuan Agong perlu masuk campur selain menubuhkan satu suruhanjaya khas bagi menyiasat secara telus dan menyeluruh dakwaan-dakwaan melibatkan Ketua Pesuruhanjaya SPRM,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya