Iconic Medicare jadi kilang contoh di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Iconic Medicare jadi kilang contoh di Pulau Pinang

ICONIC Medicare yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang kini merupakan antara pengeluar sarung terbesar dan mampu menghasilkan kapasiti maksimum 3.3 bilion keping sarung tangan dan 220 juta keping pelitup muka pakai buang dalam setahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN:  Penggunaan teknologi berautomasi tinggi hingga mencecah 80 peratus oleh kilang sarung tangan dan pelitup muka, Iconic Medicare Sdn. Bhd. (Iconic Medicare) di sini, wajar dijadikan contoh oleh kilang lain di negeri ini dalam melaksanakan operasi masing-masing. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penggunaan teknologi itu juga secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja seperti sebelum ini. 

“Cuma apabila sesuatu operasi itu tidak dapat diautomasikan, barulah mereka menggunakan tenaga kerja. Dalam konteks ini, hanya pekerja tempatan diambil untuk melaksanakan operasi di kilang ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kilang bernilai RM200 juta itu di sini hari ini. 

Pelancaran itu dibuat kurang sebulan selepas Iconic Worldwide Berhad iaitu pemilik Iconic Medicare memperoleh kelulusan untuk mengedarkan sarung tangan gred perubatannya ke seluruh Amerika Syarikat (AS).  Dibina di atas tanah yang berkeluasan kira-kira 2.2 hektar, Iconic Medicare yang kini merupakan antara pengeluar sarung terbesar dijangka menghasilkan kapasiti pengeluaran maksimum sebanyak 3.3 bilion keping sarung tangan dan 220 juta keping pelitup muka pakai buang dalam setahun. 

Difahamkan, enam barisan celupan sarung tangan berganda telah mula beroperasi di kilang itu dan menjelang Mac ini, sejumlah 12 barisan bekas celupan sarung tangan berganda serta 20 barisan pengeluaran pelitup muka perubatan akan dipasang dan ditauliahkan. 

Mengulas lanjut kata Kon Yeow, pelaksanaan teknologi automasi itu juga berkait rapat dengan dasar kemasukan pekerja asing ketika ini memandangkan masih ada negara yang masih menutup pintu sempadan. 

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Iconic Worldwide, James Tan berkata, di sebalik evolusi virus Covid-19 yang berterusan dan program vaksinasi meluas di seluruh dunia ketika ini, permintaan terhadap sarung tangan dan pelitup muka  bagaimanapun masih dapat dikekalkan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya