PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di 10 kawasan selama empat hari mulai Selasa sehingga Khamis depan.
Menurut Met Malaysia, hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) dalam tempoh Selasa, 11 Januari 2022 sehingga Khamis, 13 Januari 2022.
“Amaran Hujan Berterusan (kategori Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” jelasnya.
Terdahulu, Met Malaysia mengeluarkan amaran pada pukul 12 tengah hari di laman Facebook rasminya, hari ini.- UTUSAN ONLINE










