Hotel terbakar, lelaki nekad terjun dari tingkat tiga - Utusan Malaysia

Hotel terbakar, lelaki nekad terjun dari tingkat tiga

PASUKAN bomba menyelamatkan seorang lelaki yang patah kaki selepas nekad terjun dari tingkat tiga sebuah hotel terbakar di Taman Bunga Melor, Meru di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki bertekad terjun dari tingkat tiga  untuk menyelamatkan diri daripada sebuah bangunan yang terbakar di Jalan Meru, Taman Bunga Melor, Meru di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, seramai 12 mangsa terdiri daripada lapan lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak dilaporkan terperangkap dalam kebakaran sebuah bangunan rumah kedai tiga tingkat.

Ketua Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan bomba menerima panggilan pada pukul 9.42 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Kapar, Kota Anggerik, Shah Alam dan Damansara tiba 10 minit kemudian.

Katanya, lelaki berkenaan mengalami patah kaki apabila terjun dari sebuah bangunan rumah kedai tiga tingkat itu yang terbakar sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

“Laporan awal menunjukkan kebakaran sebuah bangunan kedai tiga tingkat yang terdapat sebuah premis hotel berkeluasan 1,400 kaki persegi terbakar 80 peratus. 

“Di tingkat satu sahaja, 12 orang mangsa terdiri daripada lapan lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak  diselamatkan sementara seorang lelaki terjun dari atas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, susulan kejadian kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya