JOHOR BAHRU: Selepas dua minggu dilanda banjir, situasi di negeri ini semakin pulih apabila hanya tinggal 309 mangsa daripada 89 keluarga yang belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setakat pukul 8 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kesemua mereka masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.
Menurutnya, daerah yang masih merekodkan mangsa banjir adalah Muar, Segamat dan Tangkak.
“Setakat ini, Segamat merekodkan seramai 175 mangsa di tujuh PPS, manakala Muar seramai 122 mangsa di satu PPS dan Tangkak seramai 12 mangsa di satu PPS. umlah itu adalah penurunan ketara berbanding seramai 504 mangsa banjir yang direkodkan pada pukul 8 malam, semalam,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










