Gempa Bumi Utara Sumatera: Tiada ancaman tsunami - Utusan Malaysia

Gempa Bumi Utara Sumatera: Tiada ancaman tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di luar pantai barat utara Sumatera pada pukul 8:26 pagi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak di 0.3° Utara dan 96.9° Timur, kedalaman 10 km. 141km Barat Daya dari Nias, Indonesia.

Walau bagaimanapun, jabatan itu memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN