Enam lagi individu direman kes sijil vaksin palsu - Utusan Malaysia

Enam lagi individu direman kes sijil vaksin palsu

KERATAN laporan Utusan Online berhubung kes sijil vaksin palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Enam lagi individu direman tiga hari bermula hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu.

Perintah reman sehingga Sabtu itu dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden M. Zambri Mahmud berkata, kesemua mereka yang berusia antara 35 tahun hingga 57 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

“Mereka dipanggil susulan laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa tidak menerima sijil vaksinasi Covid-19 walaupun sudah membuat pembayaran. Siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika di sini, hari ini.

Polis Terengganu sebelum ini mengesahkan penahanan tujuh individu termasuk suspek utama yang berusia 51 tahun, bagaimanapun doktor itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini sementara menunggu arahan pendakwa raya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya