Empat bot nelayan Vietnam jadi tukun di Pulau Redang - Utusan Malaysia

Empat bot nelayan Vietnam jadi tukun di Pulau Redang

EMPAT bot nelayan Vietnam yang ditenggelamkan di perairan Pulau Redang untuk dijadikan tukun tiruan, di Kuala Nerus, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Sebanyak empat bot nelayan Vietnam yang dilucut hak ditenggelamkan di perairan Pulau Redang di sini untuk dijadikan tukun tiruan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pelupusan itu merupakan yang pertama dilakukan pihaknya pada tahun ini.

Katanya, tindakan menenggelamkan bot-bot berkenaan sebagai tukun tiruan merupakan tindakan tegas Maritim Malaysia dalam memerangi pencerobohan bot nelayan asing terutama dari Vietnam.

“Sehingga kini, Maritim Malaysia Terengganu telah menenggelamkan 131 bot nelayan asing dengan anggaran nilai sebanyak RM196.5 juta sebagai tukun di sepanjang perairan Terengganu.

“Sebanyak 51 buah bot masih berada di tiga pusat tahanan vesel (PTV) Terengganu, Zon Kemaman dan Bukit Datu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suffi berkata, program pelupusan itu turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Taman Laut dan Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT).

Katanya, Maritim Malaysia akan terus melaksanakan rondaan bagi mengesan dan memerangi isu pencerobohan nelayan asing di samping aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di sekitar perairan Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya