Eka Hazikah tetap perjuangkan Terbiar - Utusan Malaysia

Eka Hazikah tetap perjuangkan Terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lebih setahun selepas dilancarkan, Eka Haziqah akui, kurang promosi punca single sulungnya berjudul Terbiar kurang mendapat sambutan memandangkan ia dilancarkan ketika dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.

Pemilik nama sebenar, Nurhazikah Hanafi berkata, itu adalah cabaran terbesarnya ketika ini memandangkan lagu baharunya itu tidak dapat dipromosikan seperti apa yang dirancang.

“Terbiar dilancarkan pada 12 Jun 2020. Oleh kerana waktu itu negara melaksanakan sekatan perjalanan yang ketat, lagu itu sukar untuk dipromosikan ke stesen-stesen TV dan radio di luar Selangor.

“Namun, saya tetap berusaha untuk mempromosikan single itu di media sosial selain meminta kenalan artis untuk turut bantu.

“Walaupun ia salah satu pengalaman pahit sepanjang berada dalam bidang seni, saya anggap ini sebagai satu cabaran dan perjuangan untuk berada dalam industri yang sangat mencabar ini,” kata anak kelahiran Selangor yang berusia 26 tahun ini.

Hanya menerima 60,978 tontonan untuk muzik videonya di laman YouTube, Eka berkata, dia tetap gembira kerana lagu berentak pop ballad itu tetap sampai ke telinga pendengar.

Bagi Eka, jumlah penonton itu sudah cukup baik untuk artis yang baru menapak dalam industri ini.

“Untuk artis yang sedang mengukir nama dalam industri dan belum dikenali ramai, angka 60,000 lebih itu agak sukar untuk dicapai. Jadi, saya bersyukur.

“Jumlah penonton tidak menjadi masalah bagi saya, yang penting jalan cerita lagu ini sampai kepada pendengar,” katanya.

Lagu ciptaan Aidil (Akademi Fantasia) dan lirik oleh Shah Shamsiri itu boleh ditonton menerusi laman YouTube Universal Music Malaysia dan boleh didengari di semua platform digital.

“Lagu Terbiar mengisahkan tentang kehidupan manusia yang memerlukan kasih sayang tidak kira daripada keluarga, rakan-rakan dan pasangan.

“Lagu itu menggambarkan perasaan seseorang yang kehilangan kasih sayang. Walaupun banyak dugaan yang perlu ditempuhi, kita harus bangkit untuk menjalankan kehidupan yang lebih baik,” jelasnya.

Pada masa depan, Eka Hazikah ingin terus mencari ruang dan peluang untuk menempatkan diri dalam industri dengan menghasilkan karya-karya menarik serta berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi yang sudah berpengalaman.

Harapannya agar orang ramai akan memberi sokongan dan menerima genre lagu yang dibawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya