Kanak-kanak 12 tahun lemas dalam kuari pasir

Kanak-kanak 12 tahun lemas dalam kuari pasir

JENAZAH mangsa dijumpai di dalam kuari pasir di Taman Ria, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dipercayai tergelincir dalam kuari pasir berhampiran Taman Mesra Ria, di sini ditemui lemas, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang, mangsa, Muhammad Farish Syazwi Mohd. Shukri bersama seorang rakannya dipercayai pergi ke lokasi itu untuk memancing pada pukul 4.30 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, mangsa ditemui oleh ahli keluarganya serta orang awam yang turut melakukan pencarian bersama anggota bomba.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintenden Ahmad Salimi Md. Ali mengesahkan kejadian itu dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk bedah siasat. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN