Dua kementerian cungkil bakat sukan dari peringkat awal

Dua kementerian cungkil bakat sukan dari peringkat awal

RADZI Md. Jidin berbincang bersama Ahmad Faizal Azumu berkaitan pembangunan belia dan sukan melibatkan murid serta guru Kementerian Pendidikan. - FB RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Belia dan Sukan kini sedang membangunkan Program Pembangunan dan Pencarian Bakat (MyTID KPM-KBS) bagi mencungkil bakat sukan daripada peringkat awal kanak-kanak. 

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, usaha dan pendekatan itu penting bagi memupuk budaya sukan pada peringkat awal. 

“Pembangunan bakat sukan daripada peringkat awal anak-anak sememangnya menjadi tumpuan Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Belia dan Sukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam. 

Perkara berkenaan adalah antara dibincangkan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika pertemuan di pejabatnya semalam. 

Radzi berkata, pertemuan itu turut membincangkan perkara berkaitan pembangunan belia dan sukan yang melibatkan murid serta guru.

“Kami turut bincangkan kaedah untuk mengoptimumkan penggunaan fasiliti sukan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan. Aspek pembangunan belia turut perlu diberi perhatian bagi melahirkan generasi pemimpin negara yang berwibawa,” katanya. 

Katanya, semoga usaha dua kementerian ini melalui pelbagai pendekatan strategik dapat melahirkan belia negara yang cemerlang serta memajukan sukan untuk seluruh rakyat dapat direalisasikan sepertimana yang dirancang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya