Dollah Salleh kemalangan, MPV dinaiki bersama keluarga terbabas - Utusan Malaysia

Dollah Salleh kemalangan, MPV dinaiki bersama keluarga terbabas

GAMBAR tular di media sosial kejadian kemalangan di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, Kuala Pilah malam tadi yang membabitkan Dollah Salleh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pengurus pasukan bolasepak Sri Pahang FC, Dollah Salleh, 59, terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam dan kenderaan tersebut dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Siasatan awal mendapati, pemandu serta penumpang dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor.

“Apabila sampai di tempat kejadian iaitu di Kilometer Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, ketika sedang bergerak terus di laluannya, tiba-tiba kenderaan yang dipandu telah hilang kawalan, lalu terus terbabas ke bahu jalan laluan arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Amran, kesemua mangsa tidak cedera bagaimanapun Dollah dan isterinya, Roslina Ibrahim, 58, mengalami kesakitan di bahagian belakang tengkuk dan dada dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59),” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya