DBKL kemuka ukuran kolam banjir kepada SPRM - Utusan Malaysia

DBKL kemuka ukuran kolam banjir kepada SPRM

MAHADI CHE NGAH MAHADI CHE NGAH NOTA TERBITAN UTUSAN MALAYSIA S2 23 DISEMBER 2017 SABTU MUKA 15 archived by NHJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laporan mengenai perbezaan ukuran baharu dan lama di kawasan Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang akan dikemukakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas lokasi itu didakwa mengalami pembangunan pesat termasuk dakwaan berlakunya aktiviti menimbus tanah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata penilaian itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM meminta kami menunjukkan bukti perbezaan dan kita memberi perhatian kepada itu termasuklah melantik segera jurukur bertauliah.

“Kita akan melaksanakan perbandingan di antara ukuran baharu dan lama selepas keputusan penilaian baharu itu diperolehi,” katanya di sini hari ini.

Isu kolam takungan banjir di ibu negara timbul selepas Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh sebelum ini menggesa SPRM mengambil tindakan 24 jam berhubung enam kolam takungan banjir yang didakwa diluluskan untuk pembangunan di Kuala Lumpur.

Beliau dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 mendedahkan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, Datuk Bandar meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBKL) 2020.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN