Dalil kata dapat syurga mengislamkan bukan Islam lemah - Utusan Malaysia

Dalil kata dapat syurga mengislamkan bukan Islam lemah

TANGKAP layar laman PMWP menjelaskan mengenai status hadis yang dapat masuk syurga jika mengislamkan seseorang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hadis yang menyatakan bahawa sesiapa dapat mengislamkan seseorang bukan Islam diberikan syurga dianggap lemah sepertimana dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi kolumnya, Irsyad Al-Hadith.

“Hadis ini ada diriwayatkan dalam beberapa kitab, namun terlalu lemah kerana jalur riwayat Muhammad Muawiyah al-Nisaburi adalah perawi tidak thiqah atau berwibawa,” katanya merujuk persoalan diajukan pembaca berhubung kesahihan nukilan seorang dai yang tular kerana menulis perihal hadis tersebut menerusi akaun media sosialnya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, PMWP memaklumkan, hadis berkenaan ada dinyatakan dalam kitab al-Mu’jam al-Saghir, al-Mu’jam al-Awsat dan al’Mu’jam al-Kabir ditulis oleh Abu al-Qasim al-Tabarani.

Malah, populariti hadis itu dapat dibaca dalam kitab Musnad oleh al-Shihab al-Qudai dan Tarikh Baghdad dinukil al-Khatib al-Baghdadi dengan sanadnya sama ditulis Abu al-Qasim.

“Ironi, taraf hadis ini adalah daif atau amat lemah kerana perawinya sering kali ditinggalkan ulama hadis, malahan beliau digelar Imam Ahmad Hanbal sebagai pendusta,” kata PWMP menerusi laman sesawang rasmi mereka.

Ibn Hatim dan Imam al-Nasa’i turut mengkritik kredibiliti perawi tersebut dan menjelaskan individu itu banyak dikesan meriwayatkan hadis palsu serta tidak boleh dijadikan sokongan.

Bagaimanapun ujar agensi berkenaan, jalur diriwayatkan itu pula ada disokong oleh perawi lain dikenali Said Kathir Ufair yang dianggap sebagai lebih sahih dari segi statusnya.

Justeru, sebagai alternatif demi menggalakkan usaha dakwah, PMWP memberi contoh hadis Rasulullah SAW yang berstatus boleh dipercayai atau lebih sahih untuk diyakini umat Islam.

Antaranya diriwayatkan Sahl Saad menukil sabda Baginda SAW: “Demi Allah, seseorang yang diberikan hidayah oleh Allah kerana usaha kamu lebih baik daripada si pemilik unta merah.”

Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri pernah diriwayatkan dengan bersabda: “Mengajak seorang untuk memeluk agama Islam adalah lebih baik berbanding memerangi seribu orang kafir.”
Dari sudut teks, hadis itu amat diyakini kerana diriwayatkan sendiri dalam kitab Sahih Imam al-Bukhari sebagai kelebihan dan motivasi untuk umat Islam aktif melakukan kerja dakwah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.