Cubaan tiga PATI seludup masuk perairan Sabah gagal - Utusan Malaysia

Cubaan tiga PATI seludup masuk perairan Sabah gagal

TIGA PATI warga Indonesia yang ditahan di muara Sungai Titingan, Tawau tengah malam tadi. - IHSAN ATB 2
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Cubaan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup masuk melalui perairan daerah ini digagalkan oleh Pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) di muara Sungai Titingan, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam itu, tiga orang PATI berusia 40 hingga 49 tahun itu didapati bersembunyi berhampiran muara untuk menunggu ketibaan ejen daratan.

Komander Angkatan Tentera Bersama 2 (ATB 2), Brigedier Jeneral Abdul Karim berkata, pemeriksaan mendapati ketiga-tiga PATI yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita dewasa itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan masuk ke negara ini secara haram.

Mereka ditahan bersama barangan peribadi yang dibawa daripada negara asal.

Berdasarkan maklumat, mereka menaiki bot yang diaturkan oleh ejen daripada Pulau Sebatik, Indonesia menuju ke Tawau dan seterusnya akan diambil oleh ejen lain yang berada di daerah ini.

Beliau berkata, Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 turut melaporkan penahanan tersebut kepada Pusat Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk mendapatkan bantuan Op Cegah PATI Daratan bagi melancarkan proses tangkapan.

“Semua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada pukul 12.45 tengah malam bagi proses saringan Covid-19 dan tindakan lanjut.

“Kesemua PATI ditahan mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ATB 2 akan sentiasa memperkasa dan memperkemaskan kawalan keselamatan keselamatan di sempadan untuk memastikan sempada negara dikawal dan ditangani secara serius.

Langkah ini penting bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta sebarang ancaman keselamatan demi kedaulatan negara, khasnya di pantai timur Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN