Covid-19: Brazil mula beri vaksin kepada kanak-kanak - Utusan Malaysia

Covid-19: Brazil mula beri vaksin kepada kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Brazil mula memberikan vaksin Covid-19 kepada golongan kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun di negara itu.

Langkah itu diluluskan walaupun mendapat bantahan daripaada Presiden Jair Bolsonaro.

Seorang kanak-kanak orang asli berumur lapan tahun, Davi Seremramiwe Xavante merupakan yang pertama diberi suntikan vaksin dalam satu majlis rasmi di hospital Sao Paulo yang turut dihadiri oleh gabenor negeri, Joao Doria.

Dos vaksin Covid-19 pertama yang diberikan di Brazil juga di Sao Paulo, pada Januari 2021.

Kumpulan umur baharu itu diluluskan untuk vaksinasi oleh pihak berkuasa kesihatan Anvisa pada bulan lalu.

Lebih 20 juta kanak-kanak layak mendapat vaksin Pfizer-BioNTech selagi mereka mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka.

Golongan Orang asli dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan merupakan kumpulan keutamaan untuk kempen vaksinasi tersebut.

Sebelum ini, Bolsonaro berulang kali mengkritik tindakan dengan menegaskan beliau tidak sama sekali akan memberi vaksin kepada anak perempuannya berusia 11 tahun, Laura. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya