JOHOR BAHRU: Tindakan kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah selari dengan aspirasi rakyat negeri Johor. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, hal itu dapat dilihat melalui kajian dan analisis sentimen yang dilakukan kerajaan menerusi pelbagai platform dalam talian. Katanya, sehubungan itu beliau berharap rakyat Johor akan menunaikan tanggungjawab mereka dengan memilih kerajaan negeri baharu dalam PRN Johor kelak. “Sebenarnya…










