SHAH ALAM: Penternak akuakultur dilapor mengalami kerugian berjumlah RM28 juta akibat banjir baru-baru ini manakala bagi myKomuniti Perikanan iaitu pengusaha Perikanan (myAP) dan nelayan darat pula dianggarkan berjumlah RM800,000.
Jabatan Perikanan dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan mengenai jumlah bantuan yang diperlukan disebabkan bencana tersebut melalui Program Permulaan Semula Agromakanan (tabung bencana) akan dimajukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
“Bantuan yang disalurkan adalah tertakluk kepada kadar dan had yang ditetapkan iaitu bantuan sehingga 50 peratus daripada kos operasi (benih, peralatan dan makanan ternakan) mengikut sistem ternakan pengusaha.
“Had bantuan yang akan diberi juga tidak melebihi 50 peratus nilai kerugian yang dilaporkan dan disahkan oleh Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri,” katanya. – UTUSAN ONLINE










