Banjir Johor hampir pulih, hanya 705 mangsa pagi ini - Utusan Malaysia

Banjir Johor hampir pulih, hanya 705 mangsa pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini hampir pulih apabila hanya seramai 705 mangsa daripada 206 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di negeri ini, setakat pukul 8 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah mangsa berkenaan juga hanya melibatkan tiga daerah iaitu Muar, Segamat dan Tangkak, selepas kesemua mangsa di Batu Pahat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Setakat ini, Muar merekodkan mangsa teramai iaitu 367 mangsa di enam PPS, diikuti Segamat dengan 326 mangsa di 10 PPS serta Tangkak dengan hanya 12 mangsa di satu PPS. Keadaan banjir dijangka akan terus menunjukkan trend pemulihan apabila ramalan kaji cuaca hari ini menunjukkan cuaca cerah di seluruh Johor sehingga tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia juga tidak menunjukkan sebarang bacaan cuaca buruk seperti hujan atau ribut petir di seluruh Johor untuk hari ini.

“Sebatang sungai di Johor masih diletakkan bawah paras bahaya dengan bacaan 3.7 meter namun ia menunjukkan trend penurunan. Satu laluan pula masih ditutup untuk semua jenis kenderaan akibat kejadian tanah runtuh di Jalan Felda Bukit Aping, Kota Tinggi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN