Banjir: Dua masih hilang, 54 maut - Hazani Ghazali

Banjir: Dua masih hilang, 54 maut

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak dua individu dikhuatiri masih hilang dalam bencana banjir yang melanda negara sejak 19 Disember lalu di Pahang.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 54 kematian turut direkodkan melibatkan tujuh negeri yang terlibat.

Kata beliau, Selangor mencatat bilangan kematian tertinggi dengan 25 mangsa diikuti Pahang (21 mangsa) Kelantan (empat mangsa) Sabah (tiga mangsa) dan Negeri Sembilan (seorang).

“PDRM telah dipertanggungjawab bagi mengetuai penugasan tindak balas tindak balas dengan menumpukan tiga fasa iaitu pra bencana, semasa bencana dan pasca bencana.

“Pra bencana adalah melibatkan pengumpulan maklumat berkaitan kawasan-kawasan berisiko mengalami bencana seterusnya bencana semasa ke semasa akan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Hazani, bagi pasca banjir penugasan PDRM menjurus kepada ke arah koordinasi bantuan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti telah terjejas.

Dalam perkembangan berasingan, Hazani berkata, sebuah helikopter jenis Eurocopter AS355 telan digerakkan di Segamat, Johor bagi menghantar barangan keperluan ke empat kampung yang terjejas akibat banjir di sana.

“Empat kampung terlibat ialah Kampung Lubuk Lanjut, Kampung Spang Loi, Kampung Mensudot Pindah dan Kampung Batu 10 yang terjejas akibat jalan utama terputus selepas dinaiki air,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya