Banjir: 50 peratus sampah di Klang, Taman Sri Muda dikutip - Utusan Malaysia

Banjir: 50 peratus sampah di Klang, Taman Sri Muda dikutip

MOHD. Faizal Abdul Raji (duduk, dua dari kiri) dan Mohd. Fakhrulrazi (berdiri, kiri) meninjau penyerahan sumbangan mangsa banjir di Dewan MPK Meru di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 50 peratus sampah pasca banjir di daerah ini dan Taman Sri Muda, Shah Alam selesai dikutip setakat ini.

Kutipan sampah itu dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan KDEB Waste Management (KDEBWM).

Pegawai Daerah Klang, Mohd. Faizal Abdul Raji berkata, operasi kutipan dan pembersihan itu masih giat dilaksanakan secara berperingkat sehingga kini.

Katanya, semua kutipan sampah berkenaan dibawa ke tapak buangan dan pelupusan di Jeram, Kuala Selangor.

“Sampah di semua lokasi banjir di Klang dan Taman Sri Muda yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang sudah 50 peratus dikutip.  Kutipan itu dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan mangsa banjir yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar.di Dewan MPK Meru di sini, malam tadi.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, sejumlah 22,000 tan sampah sudah dikutip sepanjang sembilan hari operasi pembersihan pasca banjir dijalankan di Selangor termasuk kira-kira 5,000 tan sampah yang sudah dibawa keluar dari kawasan Taman Sri Muda. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya