Banjir: 1,047 keluarga dipindahkan ke 53 PPS - Acryl Sani

Banjir: 1,047 keluarga dipindahkan ke 53 PPS

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 3,961 mangsa banjir membabitkan 1,047 keluarga ditempatkan di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah Segamat, Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Dewan Kelab Polis, Segamat telah diaktifkan dengan bantuan beberapa agensi lain demi memastikan kebajikan mangsa banjir terpelihara.

Kata beliau, secara keseluruhannya terdapat enam agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditugaskan dalam Op Banjir di daerah berkenaan dengan kekuatan 377 anggota.

“Jumlah ini melibatkan 57 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 25 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 15 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 23 anggota Angkatan Relawatan Rakyat Malaysia (Rela), dan 10 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).

“Taklimat turut diberikan Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Bahrin Mohd. Nor tentang gerak kerja operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir, serta kekuatan agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Acryl Sani memberitahu, beliau juga telah turun ke Segamat Bersama-sama dengan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) serta Pemangku Ketua Polis Johor untuk meninjau Op Banjir di daerah ini pada 4 Disember lalu.

Beliau berkata, PDRM bersama agensi keselamatan lain akan dan sedang mengambil Tindakan segera di daerah Segamat dan lain-lain lokasi banjir dalam Kontinjen Johor bagi memindahkan mangsa banjir ke tempat yang ditetapkan.

“PDRM juga komited memastikan kebajikan masyarakat kekal terpelihara. Untuk itu saya telah arahkan Pengarah KDNKA, Datuk Hazani Ghazali untuk menyelaraskan segala bentuk bantuan bagi penduduk yang terputus hubungan.

“Sebuah helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) juga akan digunakan bagi tujuan menghantar barang keperluan bagi penduduk di Segamat yang terputus hubungan ekoran jalan darat dinaiki air,” jelasnya.

Tambah Acryl Sani, bagi operasi pasca banjir pula, elemen Jabatan KDNKA seperti Pasukan Gerakan Am, Pasukan Polis Marin, PGU, dan Pasukan Simpanan Persekutuan akan digerakkan bagi menjalankan proses pembersihan infrastruktur awam, dan rumah-rumah ibadat di Segamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya