Bangkai penyu ditemukan di Pantai Bagan Pinang - Utusan Malaysia

Bangkai penyu ditemukan di Pantai Bagan Pinang

BANGKAI penyu agar seberat dua kilogram ditemui di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson pagi semalam. - GAMBAR/JABATAN PERIKANAN NEGERI SEMBILAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Bangkai seekor penyu agar seberat dua kilogram ditemukan dalam kejadian di Pantai Bagan Pinang di sini pagi semalam.

Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Doreen Wee Siew Leen berkata, bangkai haiwan tersebut ditemukan oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada Pusat Ikan Hiasan Port Dickson pada pukul 11.30.

“Hasil pemeriksaan terhadap luar badan penyu tersebut, tiada kesan luka yang kritikal. Bangkai penyu kemudiannya direkod panjang dan berat dan seterusnya ditanam di kawasan terbabit.

“Kemungkinan punca penyu berkenaan mati disebabkan luka dalaman kerana ada darah keluar dari mulutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, orang awam digalakkan menjadi ‘mata-mata’ dan melaporkan sebarang penemuan spesies terancam kepada pihak Jabatan Perikanan.

Ini kejadian kedua bangkai penyu ditemukan pada tahun ini selepas seekor penyu karah betina dianggarkan seberat tiga kilogram mati terdampar di Pantai Saujana di sini dua minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN