Bahaya lembu berkeliaran - Utusan Malaysia

Bahaya lembu berkeliaran

BEBERAPA ekor lembu yang dibiarkan berkeliaran di jalan raya mencari makanan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya di Jalan Merlimau-Jasin Melaka .- UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka merekodkan sebanyak 489 kemalangan jalan raya di­sebabkan haiwan termasuk ternakan lembu yang dibiarkan berkeliaran oleh pemiliknya sepanjang 2021.

Ini bermakna, jika mengikut purata, hampir 41 nahas di­sebabkan haiwan berlaku di negeri ini pada setiap bulan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua JSPT Melaka, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, sebanyak lima kematian direkodkan pada tahun lalu dengan dua di Alor Gajah dan tiga di Jasin.

HASAN BASRI YAHYA

“Sepanjang tahun lalu, JSPT merekodkan sebanyak 489 kemalangan jalan raya yang di­sebabkan haiwan termasuklah ternakan lembu.

“Lima kes turut menyebabkan kematian dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, akhbar ini me­laporkan, ekoran bunyi bising ekzos kenderaan lain dan sikap penternak tidak bertanggungjawab membiarkan lembu dibela berkeliaran, seorang lelaki dan anaknya nyaris maut selepas menjadi mangsa ‘amukan’ haiwan tersebut pada Jumaat lalu.

Mangsa, Mohd. Kairulnizam Ablah berkata, sekumpulan lembu yang berkeliaran di sekitar Jalan Ayer Molek-Tehel me­luru secara tiba-tiba ke arahnya, dipercayai terkejut akibat bunyi bising ekzos sebuah kereta yang turut melalui kawasan tersebut.

Dalam pada itu, tambah Hasan Basri, sebanyak 19 kes kemalangan turut menyebabkan kecederaan parah kepada pengguna jalan raya dengan 11 kes berlaku di Jasin dan lapan di Alor Gajah di bawah Seksyen 43 (1) APJ 1987.

“Jumlah tertinggi kemala­ngan disebabkan haiwan berlaku di Alor Gajah dengan 243 kes, diikuti Jasin (190) dan Me­laka Tengah (56). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya