Azam Baki berhak bela diri - Utusan Malaysia

Azam Baki berhak bela diri

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal Undang-undang, Arik Zakri Abdul Kadir berkata, penerimaan masyarakat tidak semestinya menentukan hala tuju kes yang melibatkan Azam dan lebih terpengaruh bahan-bahan yang tular.

“Kecaman yang sedang diterima oleh Azam adalah penerimaan masyarakat namun kita harus diingat, beliau tidak bersalah sehingga selesai siasatan dan beliau didapati bersalah.

“Orang ramai perlu tahu bahawa Suruhanjaya Sekuriti sentiasa menjalankan penyiasatan dengan teliti dan individu itu tidak akan ditahan kalau sekadar dengan satu laporan.

“SC akan kaji kertas siasatan secara menyeluruh. Setiap hasil siasatan akan dibawa ke pejabat pendakwa raya untuk diputuskan sama ada akan didakwa ataupun tidak. Azam berhak untuk membela dirinya” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, bagi peguam, Hafiz Hood, sekiranya terdapat asas untuk mendakwa atas apa juga pelanggaran akta yang dilakukan oleh Azam di bawah Akta Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), sebarang keputusan berkenaan pendakwaan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti perlu dibuat dengan penuh integriti dan tanpa sebarang kompromi.

“Penjelasan Azam berkenaan isu ini adalah satu bentuk kenyataan peribadi yang perlukan penyiasatan lanjut. Yang pasti, penjelasan sekadar menerusi kenyataan media adalah tidak cukup untuk menunjukkan integriti.

“Ia juga akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap imej SPRM sebaliknya siasatan yang telus perlu dimuktamadkan,” katanya.

Peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 menetapkan bahawa setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositari pusat hendaklah didaftarkan di bawah nama pemilik akaun sekuriti atau pihak yang sah diberi kuasa.

Manakala Seksyen 25(5) akta yang sama menggariskan kewajipan untuk pemilik akaun untuk membuat deklarasi sepertimana ketetapan depositori pusat. Kegagalan mematuhi peruntukan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 25(6) Akta SICDA.

Menjelaskan perkara itu, peguam, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, menurut undang-undang, mana-mana individu yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (5) adalah suatu kesalahan dan jika disabitkan individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM3 juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.