Apa nasib Shahidan malam ini? - Utusan Malaysia

Apa nasib Shahidan malam ini?

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini dijangka memutuskan beberapa perkara, antaranya tarikh Perhimpunan Agung UMNO yang ditangguh sebelum ini berikutan banjir baru-baru ini.

Mesyuarat bermula pukul 8.30 malam dengan dihadiri kesemua ahli majlis tertinggi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Sebelum ini, UMNO memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Agung UMNO pada 12 sehingga 15 Januari ini.

Pada hari ini juga, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz turut dipanggil Lembaga Disiplin bagi mengemukakan rayuan berhubung hukuman yang dijatuhkan terhadapnya di mana keahlian beliau digantung selama enam tahun.

Ini kerana Tun Faisal sebelum itu mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang kredibiliti dan  mengkhianati parti kerana menggerakkan jajaran politik baharu bersama PKR dan DAP walaupun ia bertentangan dengan dasar parti.

Susulan itu, keahlian UMNO Tun Faisal digantung, malah semua manfaat sebagai ahli UMNO juga dilucutkan secara sementara sepanjang tempoh itu.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menghadap Lembaga Disiplin parti itu petang ini berikutan dakwaan melanggar disiplin dan etika parti.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah mengibarkan bendera Bersatu bersama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian itu.

Selain itu, beliau juga turut didakwa mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan, malah membuat ucapan yang bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN