Apa lagi kepercayaan rakyat ada pada badan integriti? 

Apa lagi kepercayaan rakyat ada pada badan integriti? 

HOWARD LEE CHUAN HOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan isu pembelian saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mencetuskan kegusaran dan ketenteraman awam. 

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Howard Lee Chuan How berkata, kes tersebut membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan wujud konflik kepentingan dalam SPRM yang merupakan badan integriti kerajaan bertanggungjawab memerangi jenayah rasuah. 

Justeru, beliau berkata, Azam perlu merehatkan diri daripada berkhidmat dalam suruhanjaya berkenaan bagi membolehkan siasatan terhadapnya dijalankan. 

“Sekiranya rasuah atau sebarang jenayah sudah bersarang hingga ke dalam pejabat tertinggi SPRM, apa lagi kepercayaan yang rakyat ada terhadap integriti negara? 

“Ini bukan sekadar soal maruah dan integriti individu yang menjawat ketua pengarah dan anggota keluarganya, ini soal maruah seluruh anggota Keluarga Malaysia dan integriti institusi utama negara,” kata dalam hantaran di Facebooknya hari ini. 

Ketua Pemuda Sosialis DAP itu berkata, tindakan itu wajar demi menjamin kelangsungan fungsi dan mengelakkan kredibiliti SPRM sebagai sebuah badan bebas tercalar. 

“Siasatan perlu dilakukan dengan lebih baik sekiranya ada satu suruhanjaya siasatan khas ditubuhkan di samping membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat memandangkan ia adalah usul berkepentingan yang perlu disegerakan,” katanya. 

Baru-baru ini, Azam yakin dan menegaskan tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak memiliki kepentingan serta pemilikan saham dalam mana-mana syarikat. Beliau antara lain tidak melihatnya sebagai isu apabila membenarkan adiknya, Nasir Baki, menggunakan akaun Azam membeli saham. 

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, penjawat awam boleh membeli saham dengan syarat tidak melebihi lima peratus daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa yang mana lebih rendah dalam tiap-tiap satu syarikat diperbadankan di Malaysia. 

Kegagalan mengisytiharkan harta boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993. 

Pegawai kerajaan juga secara langsung atau tidak langsung perlu mendapat kebenaran Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum membeli dan memiliki saham. 

Bagaimanapun, pengamal undang-undang pula berpandangan, walaupun undang-undang memperuntukkan seseorang tidak boleh menggunakan akaun belian saham orang lain selain daripada pemilik akaun asal, namun, jika sudah memaklumkan kepada Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM), ia boleh dijadikan asas pembelaan. 

Ironinya, Suruhanjaya Sekuriti semalam akan meminta Azam dan pihak yang terlibat menjelaskan serta mengemukakan bukti berkaitan dalam isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN