Aniq Muhai simpan niat syahid di Palestin - Utusan Malaysia

Aniq Muhai simpan niat syahid di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi nasyid, Aniq Muhai mendedahkan pernah berniat untuk mati syahid di Palestin.

Kata Aniq hasrat itu disimpan lama sejak dahulu lagi.

“Saya sangat teringin ke sana. Dahulu, ada niat nak syahid kat sana. Tapi, tak sampai. Tak ada rezeki.

“Tapi, apabila pengurus memberitahu ada lagu untuk Palestin, saya terus lock,” katanya.

Aniq berkata demikian ketika hadir di Pelancaran video muzik lagu Kita Adalah Satu yang diadakan secara maya petang tadi.

Turut serta adalah Syahril Abdul Khalid dan Rahim Osman dari Inteam, Ikhwan Fatanna, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri dan ramai lagi.

Aniq merupakan antara penyanyi yang dipilih untuk menyumbangkan suara di dalam lagu tersebut.

Lagu yang didedikasikan untuk perjuangan membela rakyat Palestin itu turut menampilkan kumpulan Inteam, Ikhwan Fatanna, Syamel dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Aniq menyifatkan peluang menyumbangkan suara untuk lagu berkenaan sebagai tawaran yang jarang-jarang diperoleh.

“Peluang ini bukan senang dapat. Ini adalah pengorbanan kecil saya, bawa semangat bersama rakan untuk perjuangan Palestin.

“Saya seronok. Diharapkan lagu ini pergi jauh dan menjadi suara kita rakyat Malaysia yang bersatu demi Al-Aqsa,” katanya lagi.

– habis –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya