Anggota bomba cedera dihempap dinding rumah kedai terbakar

Anggota bomba cedera dihempap dinding rumah kedai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi mengalami kecederaan ringan ketika melakukan kerja-kerja memadam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai di Jalan Tanjung Rhu, di sini semalam.

NURUL ANUAR MOHD. OMAR

Ketua BBP Langkawi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sallehuddin Darawi berkata, anggota terbabit, Nurul Anuar Mohd. Omar, 33, mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan selepas dihempap dinding rumah kedai tersebut yang terbakar kira-kira pukul 6.34 petang.

Menurutnya, anggota itu kini menjalani rawatan dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. 

“Bagaimanapun tiada mangsa lain dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, rumah kedai setingkat berkeluasan kira-kira 274 meter persegi  yang terletak berhampiran Balai Polis Ayer Hangat di sini  terbakar hampir 80 peratus.

Tambahnya, dua jentera pemadam api (FRT), satu unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dan satu jentera Water Tanker dari BBP Langkawi dan BBP Persiaran Putra digerakkan ke lokasi kejadian.

“Anggota BBP Langkawi dan BBP Persiaran Putra mengawal dan memadam kebakaran menggunakan breeching air dari tangki jentera bomba. Kebakaran tersebut dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 7.27 petang,” ujarnya.

Jelasnya, dua buah motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha Lagenda serta sebuah kereta jenis Proton Wira turut terbakar dalam kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya