Anda tidak gagal meskipun tidak berjaya di satu-satu tempat – Maya Karin - Utusan Malaysia

Anda tidak gagal meskipun tidak berjaya di satu-satu tempat – Maya Karin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Primadona filem Melayu, Maya Karin berpandangan kejayaan mencipta nama dan menembusi pasaran di negara jiran, Indonesia tidak seharusnya dijadikan sebagai penanda aras bagi kejayaan seseorang artis Malaysia.

Kata Maya, buah fikiran seperti itu tidak relevan dan perlu dikikis daripada minda para selebriti tempatan yang melihat penguasaan pasaran Indonesia sebagai satu-satunya penanda aras artis Malaysia untuk diangkat sebagai ‘berjaya’.

“Tidak. Tak boleh beranggapan begitu. Mustahil.

“Kalau kita letak itu sebagai penanda aras, jadi kita hanya ada dua penyanyi berjaya, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid. Yang lain, bukan siapa-siapa. Jika itulah penanda arasnya,” katanya.

Tambah pelakon Anak Halal itu, tidak semestinya apabila seseorang pelakon atau penyanyi itu terkenal di luar negara, mereka sudah dianggap terlalu berjaya.

Katanya, mencipta nama di negara sendiri juga sudah dianggap sangat berjaya. Jadi jangan sesekali memandang rendah tahap pencapaian masing-masing.

“Mungkin pandangan saya berbeza dengan orang lain. Tapi pada saya, tetap tidak. Indonesia sebuah negara, begitu juga dengan kita. Janganlah kita beranggapan penduduk mereka lebih ramai, di situ sahajalah pengiktirafannya.

“Anda tidak gagal meskipun tidak berjaya di satu-satu tempat. Itu tidak benar sama sekali.

“Kejayaan anda bergantung kepada kegembiraan sendiri. Rasa puas hati dengan pencapaian masing-masing tidak kira dalam peringkat apa sekalipun,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya