Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak serta Sarawak - Utusan Malaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak serta Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak dan Sarawak sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut jabatan itu, Perak melibatkan kawasan Hilir Perak dan Batang Padang.

Sarawak pula melibatkan Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN