Alumni 4B peruntuk RM500,000 bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

Alumni 4B peruntuk RM500,000 bantu mangsa banjir

SYED AZMI Syed Nazir Ahmad (empat dari kanan) menyerahkan barangan makanan kepada mangsa banjir di SRA JAIM Kampung Morten, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Alumni 4B memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas akibat musibah itu.

Presidennya, Datuk Syed Azmi Syed Nazir Ahmad berkata, pihaknya menerima peruntukan tersebut daripada pelbagai pihak terutama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), individu serta syarikat swasta. 

Menurutnya, selain barangan makanan dan wang tunai, pihaknya turut menyumbang pelbagai keperluan asas antaranya selimut, pek kebersihan, kelengkapan solat, mesin penyembur air dan barangan elektrik.

Beliau berkata, setakat ini bantuan telah diagihkan kepada mangsa banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka, manakala Pahang serta Johor akan bermula minggu depan.

“Setakat ini, seramai lebih 1,000 mangsa banjir telah menerima bantuan yang bukan sahaja dalam bentuk barangan makanan tetapi juga barangan elektrik seperti dapur, mesin basuh dan mesin penyembur air. Usaha Alumni 4B berterusan dan diharap sumbangan kami yang sedikit ini dapat meringankan beban ditanggung mereka,” katanya ketika ditemui di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Kampung Morten di sini.

Terdahulu, beliaui menyampaikan sumbangan barangan makanan dan alat pembersihan rumah kepada mangsa banjir di enam kawasan Parlimen di negeri ini membabitkan seramai 350 orang. 

Di samping itu, Syed Azmi turut melancarkan skuad Pasca Banjir Melaka. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN