Alumni 4B Melaka gerakan misi pasca banjir - Hasan

Alumni 4B Melaka gerakan misi pasca banjir

HASAN RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Pertubuhan Alumni 4B Negeri Melaka akan menggerakkan misi pasca banjir bagi membantu mangsa yang terlibat di Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

Pengerusinya, Datuk Hasan Rahman berkata, pertubuhan itu akan bekerjasama dengan Gerakan Belia 4B negeri dan menyasarkan mengumpul kira-kira 300 sukarelawan.

Menurutnya, semua alumni di enam Parlimen telah diarahkan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai kawasan yang teruk dilanda banjir sejak kemarin, sebelum mobilisasi sukarelawan digerakkan.

“Saya minta orang ramai yang ingin menjadi sukarelawan untuk menyertai Pertubuhan Alumni 4B dan Gerakan Belia 4B negeri bagi menyertai pasca banjir secepat mungkin.

“Pasca banjir ini akan mula digerakkan sebaik sahaja banjir mula surut dan kita akan bergerak secara berperingkat-peringkat untuk membantu mangsa banjir membersihkan kediaman masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Hasan berkata, pihaknya sedang mendapatkan pelbagai sumbangan barang-barang pembersihan daripada orang perseorangan atau syarikat yang sedia menghulurkan bantuan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pertubuhan itu juga akan memasak makanan untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jelatang, Alor Gajah; Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong dan SK Taman Merdeka mulai hari ini.

Beliau berkata, makanan itu akan disalurkan secara berperingkat setiap hari ke semua PPS yang dibuka di setiap daerah terlibat.

“Orang ramai yang berminat untuk menyertai sukarelawan pasca banjir boleh menghubungi Setiausaha Pertubuhan Alumni 4B, Rahmat Osman di talian 019-6193861,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya