ADUN Perak positif dadah: Polis sedang lengkap siasatan  - Utusan Malaysia

ADUN Perak positif dadah: Polis sedang lengkap siasatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis sedang melengkapkan siasatan  membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang dipercayai positif dadah ketika ditahan di sebuah pusat karaoke keluarga di Perai, dekat sini, kelmarin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kertas siasatan kes itu dijangka diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya minggu depan. 

“Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan kita sedang tunggu laporan patologi,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Mustafa Kamal Gani berkata, ADUN berusia 54 tahun itu dan 35 suspek lain yang ditahan bersama disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Menurutnya, kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan polis semalam. 

Difahamkan, dua daripada suspek yang ditahan dalam serbuan itu adalah anggota polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Perak dan Pulau Pinang. 

Media semalam melaporkan, seorang ADUN Perak merupakan antara yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. 

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam di sebuah pusat hiburan karaoke keluarga di Perai itu, seramai 48 individu ditahan dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik manakala 12 lagi berkaitan kes jenayah. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.