Adam Adli disiasat perhimpunan #TangkapAzamBaki - Utusan Malaysia

Adam Adli disiasat perhimpunan #TangkapAzamBaki

ADAM Adli selepas memberi keterangan polis di Ibu pejabat Polis Dang Wangi berkenaan himpunan #TangkapAzamBaki yang bakal berlangsung pada Sabtu ini di Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan aktivis sosial, Adam Adli bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penganjuran perhimpunan bagi menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditangkap yang bakal diadakan di ibu negara, Sabtu ini.

Adam hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 2.30 petang dan selesai diambil keterangan selepas 30 minit kemudian.

Adam berkata, dia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang diambil keterangan.

“Soal siasat ini berhubung penganjuran perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini.

“Saya serahkan siasatan kepada pihak polis. Kita tiada masalah untuk memberikan kerjasama dan ini adalah prosedur biasa setiap kali ada perhimpunan akan dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Dang Wangi.

Tambah Adam, perhimpunan itu tetap akan diadakan dan dia yakin akan berlangsung secara aman.

Peguamnya, Syahredzan Johan berkata, siasatan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya mengesahkan Adam dipanggil untuk memberikan keterangan hari ini.

“Adam Adli dipanggil bagi membantu siasatan berhubung artikel yang disiarkan oleh portal dalam talian pada 14 Januari lalu berkaitan perhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya