Adakan sidang khas Dewan Rakyat bincang bencana banjir - Utusan Malaysia

Adakan sidang khas Dewan Rakyat bincang bencana banjir

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang khas Dewan Rakyat mengenai bencana banjir perlu diadakan  susulan musibah yang menimpa baru-baru ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sidang tersebut perlu diadakan bagi membolehkan wakil rakyat mengutarakan pandangan serta melontarkan cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana yang berlaku.

Katanya, dengan angka korban yang begitu tinggi berbanding banjir besar sebelum ini, kerajaan Keluarga Malaysia perlu melaksanakan segera titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar dilakukan post mortem bencana banjir.

“UMNO berasa dukacita kerana koordinasi agensi berkaitan yang sepatutnya aktif digerakkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), seolah-olah tidak bermaya dan amat lemah sekali dalam menghadapi musibah banjir pada kali ini.

“Sedangkan agensi ini mempunyai garis panduan penyelarasan musibah banjir yang komprehensif sejak dibangunkan pada 2014. Justeru sidang Dewan Rakyat khas perlu diadakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO menghargai segala bantuan untuk mangsa banjir sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga mencecah RM61,000 untuk satu keluarga.

Menurutnya, maklumat mengenai kaedah pelaksanaan dan penyalurannya diharapkan dapat segera dimaklumkan kepada rakyat dan dikurangkan sebarang karenah birokrasi agar prosesnya dipercepatkan.

Ahmad Zahid turut berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan rakyat agar dibenarkan pengeluaran kali terakhir caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di secara one-off sebanyak RM10,000.

Jelasnya, ini kerana rakyat benar-benar berhadapan dengan kesempitan hidup akibat pendemik Covid-19 bukan sahaja yang ditimpa dengan musibah banjir.

Di samping itu, ia sejajar dengan ketetapan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada 27 Ogos 2021 lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN