6 sukarelawan Muda disiasat polis - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

6 sukarelawan Muda disiasat polis – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa, seramai enam sukarelawan parti itu disiasat polis.

Menurutnya, ini kerana mereka telah menyampaikan bantuan banjir secara terus kepada pemohon dan tidak meletakkan bantuan itu ke tempat yang dikhususkan.

“Saya mohon maaf sebab tujuan kami bukan nak sulitkan keadaan kerana yang memohon adalah rakyat, mangsa banjir. Kalau ikutkan laporan berita, masih ramai yang tak dapat bantuan, jadi, kita terus ke tempat mereka menghulurkan bantuan.

“Nak siasat, siasat saya. Kita berkhidmat untuk rakyat dan kami hanya menyampaikan amanah rakyat,” katanya.

Beliau memberitahu, apa yang hendak ditegaskan adalah, jangan layan mereka (sukarelawan) ini seperti penjenayah hanya kerana mereka hantar bantuan makanan terus kepada mangsa.

“Saya harap budi bicara polis, mereka (sukarelawan) berniat ikhlas berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN