fbpx

29 Januari 2022, 12:56 pm

  TERKINI

530 murid disantuni, terima kelengkapan sekolah

 RINA Harun (tengah) menyampaikan sumbangan peralatan dan barangan persekolahan ketika Program Back To School peringkat Titiwangsa kepada kanak-kanak penduduk PPR parlimen Titiwangsa di Dewan Al-Akram, Masjid Al-Akram, Datuk Keramat di sini hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 530 murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan menjelang pembukaan semula sesi persekolahan tahun 2022.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, pemberian kelengkapan persekolahan itu adalah bagi menyantuni anak-anak daripada golongan yang kurang berkemampuan atau B40.

“Kita memberi kelengkapan awal persekolahan untuk murid-murid meneruskan pembelajaran sekolah. Hari ini, seramai 530 murid sekolah menerima bantuan beg sekolah, botol air, bekas makanan, buku dan peralatan menulis sumbangan Yayaysan Prihatin Nasional.

“Ini adalah salah satu inisiatif saya sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa untuk membantu keluarga-keluarga kurang berkemampuan membuat persiapan bagi anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi,” jelasnya dalam sidang akhbar di Masjid Al-Akram,dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai bantuan-bantuan yang diberikan, Rina berkata, kerajaan secara konsisten telah membantu mangsa-mangsa banjir dan  mengagihkan bantuan secepat mungkin untuk meringankan beban mangsa.

“Di Parlimen Titiwangsa ini sahaja, sebanyak 224 rumah terjejas. Bayangkan apabila rumah dilanda banjir luar jangka, harta benda semua rosak malah pakaian, peralatan dan buku-buku sekolah turut hancur dan dihanyutkan air. Dalam masa yang sama, anak-anak kita pula perlu meneruskan sesi persekolahan.

“Kita bersyukur kerana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat prihatin atas nasib mangsa-mangsa banjir. Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1.4 bilion melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

“Ini termasuk bantuan tunai, pembiayaan dengan kadar 0 peratus dan baucar membaiki kenderaan yang rosak bagi membantu rakyat terkesan 12 membina semula kehidupan dengan segera, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI