PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Perak, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Pahang (Lipis); Selangor (Kuala Selangor dan Klang); Sarawak: Limbang (Lawas) dan Sabah: Pedalaman (Sipitang) hingga pukul 9 malam ini.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya.
Terdahulu, Met Malaysia mengeluarkan amaran pada 6.05 petang di laman Facebook rasminya, hari ini.-UTUSAN ONLINE










