3,345 graduan dirai dalam Konvokesyen Ke-12 Unisza, Ahad ini

3,345 graduan dirai dalam Konvokesyen Ke-12 Unisza, Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 3,345 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) akan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam majlis konvokesyen secara bersemuka, bermula Ahad ini.

Unisza dalam kenyataan berkata, majlis konvokesyen melibatkan graduan sesi 2020 itu akan diadakan selama lima hari dengan sebanyak 10 sidang di Dewan Al Muktafi Billah Shah, kampus berkenaan.

Katanya, penganjuran majis secara bersemuka itu adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan kerajaan.

Sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-12 ini, kita turut mengadakan festival maya yang berlangsung selama lima hari bermula Ahad ini.

“Pelbagai aktiviti menarik dirangka sepanjang festival antaranya pertandingan membaca berita, penulisan khat, mewarna, fotografi, e-sport dan tarannum al-Quran,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput memeriahkan festival dalam talian itu di platform YouTube dan Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya