201 kluster aktif Covid-19 - Utusan Malaysia

201 kluster aktif Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan peningkatan mendadak jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 20 kluster baharu berbanding semalam, 17 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,255 kluster. 

“Sebanyak 201 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan pertambahan berbanding semalam, 188 kluster. 

“Jumlah kluster tamat sebanyak 6,054 kluster berbanding semalam, 6,047 kluster,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 3,229 kes positif menunjukkan penurunan berbanding semalam, 3,245 kes sekali gus mengatasi 2,848 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan, 76 kes berbanding semalam, 84 kes.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan penurunan, 162 kes berbanding semalam, 183 kes,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan penurunan iaitu sembilan kes, berbanding semalam, 16 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,818 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), tiada kes daripada sembilan kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,417 kes. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN