1,661 orang terjejas banjir di Melaka - Utusan Malaysia

1,661 orang terjejas banjir di Melaka

KEADAAN air pasang besar serta taburan hujan berpanjangan mengakibatkan air naik di kawasan perumahan ketika tinjauan di Sungai Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jumlah mangsa banjir di Melaka terus menunjukkan peningkatan mendadak kepada 1,661 mangsa setakat pukul 4 petang tadi, berbanding hanya 1,122 orang ketika waktu pagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sebanyak 19 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di ketiga-tiga daerah iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

Katanya, Alor Gajah mencatatkan kawasan paling banyak terjejas akibat hujan berterusan sejak Jumaat lalu, di mana sebanyak 14 penempatan penduduk ditenggelami air.

“Terdapat 10 PPS di buka di Alor Gajah yang menempatkan 720 mangsa daripada 195 keluarga. Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu, Pengkalan dan Kampung Panchor.

“PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Jelatang menempatkan paling ramai mangsa di daerah itu iaitu 215 orang daripada 55 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, Melaka Tengah pula mencatatkan bilangan mangsa paling ramai dengan jumlah 868 orang terdiri daripada 217 keluarga.

Jelasnya, kesemua mereka telah berjaya dipindahkan ke tujuh PPS yang dibuka di daerah tersebut.

Ujarnya lagi, hanya dua PPS dibuka di Jasin iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu dan SK Seri Mendapat.

“Di Melaka Tengah merekodkan sembilan penempatan penduduk yang terjejas antaranya Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya dan Taman Thamby Chik Karim.

“Untuk daerah Jasin pula, kawasan terlibat adalah Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Tasek membabitkan 73 mangsa,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya