11 sesak nafas, seorang maut dalam kebakaran rumah kedai - Utusan Malaysia

11 sesak nafas, seorang maut dalam kebakaran rumah kedai

PASUKAN bomba memadam kebakaran di rumah kedai di Jalan Ipoh petang tadi.- BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 11 individu sesak nafas manakala seorang lagi maut dalam kebakaran di sebuah bangunan di Jalan Datuk Yusoff, Jalan Ipoh di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.30 petang.

Komander operasi, Mohd. Hafizan Hassan berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dibantu oleh BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Titiwangsa, BBP Keramat, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Pantai dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, kebakaran melibatkan bilik di tingkat satu di rumah kedai empat tingkat itu.

“Kita mendapati bilik itu terbakar 85 peratus. Ketika kejadian, terdapat 12 orang mangsa iaitu dua wanita, dua kanak-kanak dan lapan lelaki termasuk seorang disahkan meninggal dunia.

“Sembilan yang lain dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan menerima rawatan di zon kuning manakala tiga lain enggan dihantar untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada pukul 6.01 petang dan kebakaran padan sepenuhnya 50 minit kemudian.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.