1,006 individu ditahan terbabit kes narkotik - Utusan Malaysia

1,006 individu ditahan terbabit kes narkotik

MOHD. ROZE SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 1,006 individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam 914 kes narkotik  di negeri ini dalam tempoh 23 hari bermula 1 Januari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd. Roze Shaari, daripada jumlah itu, sebanyak 186 dan 284 tangkapan melibatkan pengedar dadah manakala 728 kes serta 758 tangkapan lagi melibatkan penagih dadah.

Katanya, sebanyak 77 kes dan 101 tangkapan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 50-an. Dadah jenis ganja merupakan yang terbanyak dirampas iaitu berjumlah 131.6 kilogram (kg).

“Jenis dadah kedua yang paling banyak dirampas adalah heroin seberat 10.2kg dan syabu berjumlah 7.7kg. Rampasan daun ketum pula bagi tempoh sama hingga kini sudah mencecah 3.6 tan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Taufik Maidin.

Mohd. Roze berkata, nilai sitaan harta melibatkan kes-kes narkotik di negeri ini berjumlah RM343,530.

“Antara barangan disita termasuk enam kereta bernilai RM177,700, 15 buah motosikal bernilai RM130,300, wang tunai RM6,924 dan wang dalam akaun RM9,776,” katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan, pada tahun ini pihaknya memberi lebih tumpuan kepada usaha untuk membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang dianggap menjadi punca kepada banyak perlakuan jenayah selama ini.

“Kami memberi fokus kepada semua peringkat sama ada aktiviti penyeludupan, pengedaran mahu pun serbuan di sarang-sarang penagih.

“Jadi kami amat mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat umum bagi sama-sama membanteras kegiatan jenayah melibatkan dadah di negeri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya