1,000 sertai Larian Baton Komanwel

1,000 sertai Larian Baton Komanwel

AHMAD Faizal Azumu (dua dari kanan) merasmikan Larian Baton Komanwel di Padang Lintau, Kampung Tengku Hussein, Manjoi, Ipoh, hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 1,000 orang menyertai Larian Baton Komanwel di Padang Lintau, Kampung Tengku Hussein Manjoi di sini hari ini sempena Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Mereka terdiri daripada atlet-atlet negara, wakil-wakil agensi, belia dan pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Antara atlet yang menyertai program  itu ialah Loo Kum Zee, Siti Zalina Ahmad, Karen Lyne, Izzat Shameer Dzulkeple, Auni Fathiah Kamis, Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, Nur Amisha Azrilrizal, Mohammad Rifdean dan Nur Fidrah Noh.

Larian bersempena Sukan Komanwel 2022 itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan,  Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Larian dimulakan oleh Kaunselor Politik (Dalaman) Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Tom Shepherd sebagai pemegang baton pertama dan larian sejauh lima kilometer melalui sepuluh check point di sekitar Manjoi.

Selain acara larian, program turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik perdana, cabutan bertuah dan pameran daripada agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Jabatan Belia dan Sukan.

Sukan Komanwel Birmingham 2022 dijadualkan berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos 2022.

Acara ikonik, Queen’s Baton Relay sedang dianjurkan dengan penyertaan 72 negara dan termasuk Malaysia yang merupakan negara ke-29 yang menjadi persinggahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya