10 termasuk lapan warga China diberkas terlibat penipuan online - Utusan Malaysia %

10 termasuk lapan warga China diberkas terlibat penipuan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 10 individu termasuk dua wanita ditahan polis dalam serbuan berasingan di pusat panggilan penipuan dalam talian di Jalan Ampang, di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju selepas mendapat maklumat berkenaan premis terbabit. 

Menurut beliau,  tangkapan terdiri terdiri daripada dua wanita dan lapan lelaki warga China berusia antara 22 hingga 35 tahun. 

“Serbuan pertama melibatkan tujuh orang termasuk seorang wanita. Kita turut merampas pelbagai peralatan termasuk sebuah laptop dan 17 unit telefon bimbit yang digunakan semasa menjalankan kegiatan tersebut.

“Pada hari yang sama, pasukan tersebut mengadakan serbuan dan menahan dua lelaki warga China di satu unit lagi premis di kawasan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Mahidisham, pihaknya turut merampas enam unit telefon bimbit dan dokumen skrip yang digunakan untuk panggilan telefon. 

Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati kesemua tangkapan adalah pekerja sindiket dan kedua-dua kumpulan ini beroperasi sejak pertengahan tahun 2020. 

“Kesemua tangkapan ditahan reman daripada 17 sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dan membuat semakan sebelum membuat transaksi,” kata beliau.

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk segera tampil menyalurkan apa-apa maklumat berkaitan kes penipuan seperti ini. 

Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan, WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111 222 atau hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/1599 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN