Warga Kedutaan AS di Kuala Lumpur berpakaian Batik Malaysia - Utusan Malaysia

Warga Kedutaan AS di Kuala Lumpur berpakaian Batik Malaysia

DUTA Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. Mcfeeters (tengah) bersama kakitangan kedutaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bersempena Hari Batik Malaysia yang diraikan hari ini, warga Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur mengenakan pakaian batik sebagai sokongan terhadap hari tersebut.

Menurut platform Facebook Kedutaan AS di Kuala Lumpur, kakitangan kedutaan tersebut dilihat bersama-sama memakai baju batik sambil mengucapkan Selamat Hari Batik Malaysia.

“Mewakili Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Selamat Hari Batik Malaysia. Kami berbangga kerana berpakaian batik pada hari ini.

“Andakah anda memakai batik pada hari ini?” jelas hantaran tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan tarikh 3 Disember setiap tahun dipilih sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini.

Ismail Sabri berkata, pemilihan tarikh tersebut adalah sebagai penghargaan atas sumbangan, sokongan dan minat yang ditonjolkan oleh Allahyarhamah Tun Endon Mahmood iaitu isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 November lalu telah bersetuju untuk memasyhurkan satu tarikh dalam bulan Disember sebagai Hari Batik Malaysia.

“Pada 3 Disember 2003, Allahyarhamah telah memulakan sebuah Gerakan Malaysian Batik-Crafted for the World untuk membawa batik tempatan ke arena antarabangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, susulan pengisytiharan itu, kerajaan berharap agar seluruh rakyat Malaysia termasuk pihak swasta dan masyarakat, digalakkan untuk memakai pakaian Batik Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya