'Wanita Indonesia, solo atau janda, ya kenal-kenal dulu' - Iqbal Zulkefli - Utusan Malaysia

‘Wanita Indonesia, solo atau janda, ya kenal-kenal dulu’ – Iqbal Zulkefli

TANGKAP layar video Iqbal Zulkefli menari bersama kanak-kanak di Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jika ada mahu sarankan wanita Indonesia yang baik hati, masih single (solo) atau janda, mohon perkenalkan ya”.

Demikian jelas penyanyi dan usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Hujan itu kini sudah berhijrah ke Indonesia dan dalam hantaran sebelum ini, beliau menitipkan harapan agar di tempat baharu itu dapat menyembuhkan lukanya.

Terdahulu, Iqbal pernah memaklumkan tidak menolak untuk menetap di luar negara kerana tidak tahan lagi tohmahan yang menimpanya

“Saya di sini memilih hidup yang tidak jauh dari kampung agar bisa bermasyarakat. Terima kasih Indonesia menerima baik kehadiran saya.

“Momen begini saya akan kenang sehingga di usia tua. Terima kasih juga Malaysia ada yang sanggup menyokong saya dari jauh,” katanya.

Beliau menambah: “Hubungan saya sebenarnya tidak sulit. Cukup kita saling setia, menghormati dan tidak bersikap aneh-aneh. Mungkin jodoh saya ada di Indonesia. Sejauh mana pun saya melangkah, segalanya inginkan kearah kebaikan”.

Di akhir catatannya di Indonesia, beliau meminta mana-mana pihak memperkenalkannya dengan wanita solo atau janda.

“Sekadar perkenalan saja dulu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN