[VIDEO] Anak air berhampiran lori bawa asid terbabas tunjuk bacaan pH neutral - Utusan Malaysia

[VIDEO] Anak air berhampiran lori bawa asid terbabas tunjuk bacaan pH neutral

PASUKAN Hazmat memeriksa tahap pencemaran di anak air di lokasi berhampiran sebuah lori tangki yang membawa muatan asid sulfurik yang terbabas di Kampung Juasseh Kapitan, Jalan Lister, Taman Jemapoh, Kuala Pilah hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sampel air dari anak air di lokasi lori tangki membawa muatan asid sulfurik yang terbabas di Kampung Juasseh Kapitan, Jalan Lister, Taman Jemapoh, di sini petang tadi menunjukkan bacaan pH neutral.

Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Mohammad Idris berkata, lori tangki yang terbabas itu juga sudah dinaikkan menggunakan dua buah kren.

“Sekiranya kami tidak mengambil langkah awal, tumpahan dalam air akan berlaku dan akan memasuki ke dalam Sungai Muar seterusnya boleh mengganggu loji rawatan air.

ANGGOTA Hazmat menggunakan ‘absorbent pad’ bagi menyerap tumpahan asid sulfurik yang bocor dari sebuah lori tangki yang terbabas dalam kejadian di Kampung Juasseh Kapitan, Jalan Lister, Taman Jemapoh, Kuala Pilah petang tadi. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

“Hanya sedikit kebocoran kecil yang berlaku dan lori tangki itu telah diangkat menggunakan dua kren bagi memudahkan pemindahan asid sulfurik berkenan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini Utusan Online melaporkan pihak bomba menerima panggilan kejadian lori tangki itu terbabas pada pukul 2.11 petang dan anggota bomba tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

Setibanya di tempat kejadian, sebuah lori tangki yang membawa muatan sebanyak 16,000 liter asid sulfurik telah terbabas dan berlaku tumpahan asid di jalan dan pihak bomba mengambil tindakan awal membuat sekatan di lokasi bocor di sebelah kiri lori tangki berkenaan bagi mengelakkan bahan kimia itu masuk dan mengalir ke lokasi anak air.

SEBUAH lori tangki yang membawa muatan sebanyak 16,000 liter asid sulfurik terbabas di sebuah selekoh di Kampung Juasseh Kapitan, Jalan Lister, Taman Jemapoh, Kuala Pilah petang tadi. -VIDEO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

Sementara itu, Mohammad berkata, pihaknya juga telah membuat kepungan lubang untuk memastikan asid tersebut terus bertakung dan mengalir hanya dalam lubang yang disediakan.

“Ketika ini, kerja-kerja pemindahan asid ke sebuah lori tangki kosong sedang dilaksanakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN