Vaksin nama 'Bossku': 'Makin menggila', respons Najib terhadap Hanipa - Utusan Malaysia

Vaksin nama ‘Bossku’: ‘Makin menggila’, respons Najib terhadap Hanipa

TANGKAP layar berita mengenai Hanipa Maidin mencadangkan vaksin buatan Malaysia dinamakan 'Bosku' atau 'Pekan'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: “Makin menggiler (menggila) puak sebelah sana. Bimbang pula saya”.
Demikian respons bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap cadangan Hanipa Maidin (PH-Sepang) supaya kerajaan mempertimbangkan nama vaksin Covid-19 buatan Malaysia sebagai ‘Bossku’ atau ‘Pekan’.
Menurut Hanipa, ia sebagai menumpang populariti bekas Perdana Menteri itu.

“Jika kita cipta vaksin baharu kemudian, kita boleh memanggilnya vaksin ‘Pekan’ atau ‘Bossku’ ada macam satu bola magik dengan ‘title’ Bossku itu untuk dapat impak yang kuat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN